KUALA TERENGGANU:Awas tetamu tidak diundang, menumpang kediaman selepas banjir melanda.
Itu antara peringatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu kepada penduduk yang terjejas menerusi gelombang banjir yang melanda negeri itu.
Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata, pelbagai haiwan berbisa akan mencari tempat perlindungan baharu selepas habitatnya dilanda bah.
Justeru Md Hilman mengingatkan mangsa banjir yang telah kembali ke rumah masing-masing berwaspada terhadap ancaman haiwan berbisa yang menyelinap masuk ke dalam kediaman
“Apabila musim banjir berlaku, ular-ular ini akan mencari tempat untuk berlindung dan ia akan cari rumah-rumah orang. Oleh itu, semasa kita berpindah ke pusat pemindahan dan apabila kita balik nanti kita perlu berhati-hati.
“Kita takut nanti apabila kita buka pintu, ada binatang berbisa seperti ular,” ujar Md Hilman.
Beliau berkata, haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking gemar bersembunyi di kawasan yang dingin.
Tambahnya, penghuni rumah yang ditenggelami air perlu memeriksa dengan lebih teliti terutamanya di tempat yang tersorok serta terlindung dari pandangan.
Penduduk juga digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika membersihkan rumah dan jangan mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan haiwan berbisa tersebut.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu lalu pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Rabu.
Nur Fazlizai Ali
Thu Dec 10 2020
Penduduk khususnya mangsa banjir diingatkan supaya jangan mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan haiwan berbisa tersebut. - Gambar hiasan
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Banjir: Sungai Kalor melimpah, penduduk risau buaya mendiami kampung
Penduduk Kampung Kolam, Gelang Mas masih belum dapat menarik nafas lega kerana berdepan risiko ancaman haiwan berbisa serta buaya.
Banjir: Ancaman haiwan berbisa jadi kebimbangan mangsa
Ketika mangsa banjir pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencari perlindungan, tetamu tidak diundang seperti ular pula menumpang kediaman selepas habibat asal mereka terjejas.
Bangkok kota ular?
Petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.
19 sekeluarga terkandas selepas rumah dimasuki air banjir di Kuala Nerus
Sistem perparitan yang tidak teratur menyebabkan kawasan Kampung Alor Damat, Wakaf Tengah sering banjir apabila hujan lebat.
Mangsa banjir di Pendang trauma, air belum surut, haiwan berbisa jadi ancaman
Penduduk resah setiap kali hujan lebat menyebabkan berlaku limpahan Sungai Pendang memasuki kediaman mereka.
APM Kelantan sudah tangkap 1,986 ular setakat semalam
Tangkapan paling banyak dilakukan melibatkan spesies ular senduk iaitu 614 ekor diikuti ular sawa (434) dan tedung (49).
Pulang ke rumah selepas banjir, berhati-hatilah...
Mangsa banjir yang telah kembali ke rumah masing-masing diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman haiwan berbisa.
Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Pihak APM telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang pada Jumaat.
Ular sawa belit mangsa dalam reban
Ketangkasan anggota menangkap ular berkenaan dapat mengurangkan risiko ancaman kepada penduduk sekitar.